Mahkamah Tinggi Muar pada Rabu menetapkan 1 Jun depan bagi keputusan semakan kehakiman melibatkan keputusan melepas tanpa membebaskan lelaki etnik Rohingya, Long Tiger daripada pertuduhan peras ugut, dua tahun lalu.<br /><br />Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.